Thursday, 31 December 2015

YEAR END SALE : EPHYRA : MURAH DARIPADA BIASA

Assalamualaikum, Halloooo

 (scroll untuk entry baru)

Buat julung kalinya...

 Nak lagi MUURAAAAHHHH????? (murah daripada harga pada gambar)

Boleh terus Call/ Wassap/ Telegram ; 0146913418















Untuk keterangan lanjut : 0146913418 (Ema Kama)

Tempahan adalah sah hingga 31.12.2015 pada jam 9.00 malam....
Selepas pada itu harga adalah seperti biasa...



Thursday, 24 December 2015

Rindu Padamu ya Rasulullah

Assalamualaikum, Halloooo

Salam MaulidurRasul...
Sempena nenyambut Maulid Rasul...
Jomlah kita pakat-pakat tambah pahala dan bekalan kita dengan berselawat ke atas kekasih Allah ...
Semoga syafaat Rasulullah bakal menjadi penyelamat kita...

Aamiin...


Tuesday, 22 December 2015

Susun Kasut Cara Dia...

Assalamualaikum, Halloooo

Semalam Umie MC.. Demam tak baik-baik lagi..
Hari nie Alhamdulillah dah ok sikit...

Nak cerita cara Kakyong susun kasut...
Ikut suka dielah camne pon die nak...

Nie sebahagian daripada kasut Kakyong...


Lepas susun dia belek plak.... Adelah tue... Tengah fikir nak pakai kasut mane kot...

Rumah sewa UmieWalid nie takde rak kasut besar... Ade yang kecik je...
Tak plan pon nak beli... Sebab lepas nie kalau ada rezeki nak berpindah...
Kat tempat baru jelah beli rak kasut. Beli yang puas hati terus...
Kasut Umie tak banyak pon rasenye....
Yanmg banyak kasut Walid dengan Kakyong...
Irsyad pon tak banyak kasut. Ade dua sahaja. Tu pon Acik Nor ngan geng unit Umie bagi... TQ.

Yang terbaru Umie letak pintu almari baju Umie yang dah lekang, dilapik dengan tiga botol sabun sebagai kaki....
Jadilah rak kasut sementara...
Yang nie nanti Umie share ye....
Anak dara Umie rajin tolong kemaskan...
Tolong susun kasut.... 
Terima kasih Kakyong...
Sayang Damia ketat-ketat...


Friday, 18 December 2015

Doa Banyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum, Halloooo

Salam Jumaat semua...
Lately Umie dah tak dapat nak bekalkan fresh milk yang cukup untuk Irsyad...
Kesian Irsyad...
Mungkin sebab Umie demam...
Jadinya semalam UmieWalid decided bagi susu formula untuk topup..(sigh)
Apa pon Umie tetap syukur ke hadrat Ilahi sebab diberi kesempatan untuk fully BF Irsyad selama enam bulan....

Apa-apa pon Umie tetap nak usaha banyakkan balik susu...
Nak support sampai Irsyad setahun dulu...
Kalau boleh sampai dua tahun...
In Shaa Allah....
Amiin

Ni doa untuk banyakkan susu..
Boleh sama-sama amalkan...



Thursday, 17 December 2015

Nak Hujung Tahun???

Assalamualaikum, Halloooo

Hari nie dah Khamis. 17.12.2015.........
'Setahun' lagi bakal bergerak meninggalkan kita....
Apa yang dah dilaksanakan? Yang belum? Yang sedang?
Mak aiiii.... Banyak sebenarnya yang patut dilaksanakan dalam masa terdekat.
Banyak yang masih ditakuk lama.
Banyak jugak yang masih lagi nak digerakkan tapi belom bergerak.

Tapi yang pasti, 'Setahun' hadapan haruslah lebih baik daripada 'Setahun' yang ini..
List to Do..... Toksah cakap... Memang sangat banyaaakkkk...

Janji-janji di Blog?  ponnnn banyakkkk.. Bila nak update.. Nak kotakan janji???
Ntah.....

Apa-apa pon...UmieWalid dah ada planning untuk Tahun 2016.
Moga 2016 adalah lebih baik daripada 2015.
Moga Allah melimpahkan kasih sayangNya yang lebih buat UmieWalid dan Damia Irsyad...
Moga diberi rezeki yang mencukupi dan boleh dikongsi bersam yang lain....
In Shaa Allah...

Mana tahu2016 mungkin ada rezeki baru...
Mungkin juga segalanya di tempat baru...
UmieWalid pon taktau...
Allah ja yang lebih tahu.....



*sumber google*

Monday, 14 December 2015

Demam 'Merebak'

Assalamualaikum, Halloooo

Kami semua demam...
Huhuhu...
Si Boolat je yang dah sihat. Sehari je die demam betul-betul.
Damia demam lagi... Panas lagi badan. Tapi ke sekolah jugak.
Walid pon sama... On Off je demam.
Umie pon... Suare dah macam Ella...

Takpelah... Sakit kan tanda Allah kasihkan kita.
Nak bagi kita lebih ingat ke Dia.
Nak hapuskan dosa-dosa kita...

Tapi bila Damia yang demam, Umie memang takleh tahan.
Kesian. Pilu je tengok sebab die memang langsung tak merengek.
Senyap. Baring je...
Cume bila ajak mandi je die macam mengamuk sikit.
Sejuk... Umie paham....

Semalam Walid bawak Umie dengan anak-anak makan di Secret Recipies.
Damia pulon makan banyak...Kesian tengok...
Nanti Umie share gambar ye...

Plannye nak update promo Ephyra.
Tapi sebab demam tak jadi-jadi lagi...
Tapi Umie akan buat jugak dalam masa terdekat.

OK...Doakan UmieWalid dan Damia Irsyad sihat ye...




Wednesday, 9 December 2015

Skin Bar by Ephyra



Assalamualaikum, Halloooo

Semalam up cerita tentang Ephyra ~Produk Minuman Kecantikan untuk lelaki dan Wanita.
Hari ni nak up tentang kawan baik die lak...
~SKIN BAR~
Dua nie kalau bergabung memang sure meletops.... In Shaa Allah...
Tak caye cer try dulu....
Skin bar ni boleh tahan wei...
Seketoi boleh bahagi empat.
Boleh share suami isteri atau adik abang...
Kan????

Harga???? Toksah cakaplah. Memang sure muroh....

Nak tau amende Skin Bar by Ephyra ni???

Tengok bawah ye....

ephyra Skin Bar
Diformulasikan dari 100% bahan semula jadi tanpa bahan kimia terlarang yang memudaratkan. Ia selamat dan amat sesuai untuk semua jenis kulit, lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.

Kandungan
1.Glutathione
Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
2. Kolagen
Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit  dengan lebih cepat untuk  menjadikannya lebih  tegang dan anjal.
3. Glyserin
Merawat kulit berminyak yang  menyumbang kepada masalah jerawat, serta masalah kulit lain. Sangat berguna merawat masalah eczema dan mengurangkan jangkitan bakteria pada kulit. Ia juga memberi kelembapan pada kulit.
4. Banana Enzyme
Bertindak sebagai agen anti penuaan yang memperbaiki tekstur dan tona kulit di samping menjadikan kulit lebih licin,halus dan berseri.
5. Seaweed
Salah satu agen anti keradangan kepada jerawat; rumpai laut atau seaweed menjadikan kulit lebih anjal, menaikkan seri wajah serta menjadikan kulit lebih tegang.
6. Carrot Extract
Sifat anti keradangannya membantu menggiatkan semula sel kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata, bersinar serta membantu memperbaiki tisu kulit, melindungi kulit dari pancaran sinar matahari.
7. Rice Bran Oil
Bahan semulajadi yang diperkaya dengan kandungan vitamin, nutrien dan agen anti oksida yang mampu merawat penuaan serta menyuburkan kulit dari dalam di samping memperbaharui dan memperbaiki permukaan kulit.

8. Bearberry Alpha Arbutin A Extract
Paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Ia membantumenjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam

Kelebihan
Melembapkan kulit wajah
Kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
Menanggalkan kotoran,minyak & sel kulit mati
Merawat kulit berjerawat
Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
Boleh menghilangkan bau badan
Sesuai digunakan untuk keseluruhan badan

Harga :rm 39/box


Dapat pengesahan daripada KKM dan ade sijil HALAL JAKIM
Boleh guna tanpa was-was...
Disamping tu dapat menyokong Produk Bumiputera...




WASSAP/SMS/TELEGRAM :

0146913418

Ema Kama


Tuesday, 8 December 2015

Kandungan Ephyra



Assalamualaikum, Halloooo.

Nak cerita sikit tentang satu produk nie...
Produk BUMIPUTERA ok...

Produk yang dah famous.
Cuma Umie je baru try....



1. Kolagen Ikan Laut Dalam
  • Kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
  • Mengembalikan keremajaan kulit anda
  • Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
  • Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.
2. Buah Acai
  • Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan menguatkan sistem kardiovaskular
  • Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
  • Kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
  • Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.
3. Gam Akasia
  • Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
  • Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
  • Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman
4. Salmon Ovary Peptide
  • Memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
  • Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
  • Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
  • Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi
5. Astaxanthin
  • 6000 X lebih kuat dari Vitamin C
  • 500 hingga 1000 X lebih kuat dari Vitamin E
  • 800 X lebih kuat dari Co Q10
  • 550 X lebih kuat dari EGCG Green Tea
  • 75 X lebih kuat dari Alpha Lipoic Acid (ALA)
  • 40 X lebih kuat dari Beta Karoten
  • 17 X lebih kuat dari Grape Seed
  • Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
  • Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
  • Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan
6. Serbuk tomato
  • Mengandungi banyak vitamin A dan C
  • Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
  • Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
  • Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.
7. Acerolla ceri
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
  • kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
  • Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan masalah mata
8. Marigold bunga ekstrak
  • Mengandungi pelbagai karotenoid antioksida membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
  • Berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
  • Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif
9. Superberry
  • Diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
  • Melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
  • Sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium.


Dapat pengesahan daripada KKM dan ade sijil HALAL JAKIM
Boleh guna tanpa was-was...
Disamping tu dapat menyokong Produk Bumiputera...



WASSAP/SMS/TELEGRAM :

0146913418

Ema Kama

Walid dan Anak Lelakinya Demam.....

Assalamualaikum, Halloooo

Semalam gi klinik...
Ada dua perkara kena settle kat klinik...
Satu : Walid demam. Dah seminggu dok asyik loya.... Pening... Tak larat....(APAKAH?????)
Dua : Rutin Si Boolat untuk cucuk enam bulan....

Gambar kejadian takde sebab kelam kabut lupa nak amek...
Tambah pulak enset Umie sokmo la habis bateri..
Baru cas dah _klick_klick semula nak habis bateri... ~stress~

Kakyong awal dah hantar ke Tadika...
Tak bawe sekali ke klinik sebab takut tak dapat nak handle ~ Walid kan demam~

Sampai klinik dah lewat gak. Dalam kul sembilan pagi.
Terus daftarkan anak beranak. Walid dengan Irsyad.

Masa nie kesian tengok Walid. Dah tak larat sangat.
Walid takmo gi klinik.... Umie paksa jugak!
Walid kate hari Isnin. Orang ramai. Mesti Doc moody. Mesti tak dapat MC...
HAAA..... Tengok. Walid dah awal-awal fikir tue..

Tapi Umie ajak jugak. Sebab dah kesian sangat tengok Walid.
Lagi pon Umie dah tukar temujanji Irsyad. Patutnya petang dah ubah ke pagi...

Umie settle kan Irsyad,.... Timbang berat. Cek tinggi. Cucuk.
Anak Bujang Umie berat 9.5 kg oey.. Alhamdulillah.Naik seratos gram.
Nurse cakap dah boleh cube solid food...
Alhamdulillah nurse yang selalu check up Irsyad semua baik-baik belaka..
Nurse dah macam member... Syukur Allah temukan Umie dan Irsyad dengan nurse yang super baik.
Ok... Settle anak Bujang.

Cepat-cepat cari Walid lak. Nak settlekan Walid.
Walid dalm bilik Doc.
SekaliWalid kuaq tengok muke statik je. ~konpem tak dapat MC~

Lepas Walid settle amek ubat die suruh Umie tunggu jap.
Ade bende lagi katenye...~Amek time leave punye slip kot~

Sekali walid datang.... Sengih-sengih kat Umie...Rupenye dapat MC dua hari....

Patutla... OK. FINE. Umie gi keje sorang-sorang diteman oleh anak dara dan bujang...

Selamat berehat ye Walid. Rabu gi klinik semula. Amek darah. Doc takut kene denggi...

Semoga Walid cepat sembuh.

Aamiin...






Koleksi Keychains

Assalamualaikum, Halloooo


Nak cerita tentang barang kesayangan nie...
Ada yang dibeli...
Ada jugak yang diberi...
Terima kasih kepada kawan-kawan Umie yang comel-comel...
Yang sokmo gi mane-mane dan bawe balik buah tangan...Sangat-sangatlah Umie appreciate...




Yang nie ade tiga beradik.
Cik Hello Kitty..Umie beli mase Shell buat promo isi minyak dan beli...


Nie dah diubah susun aturnya....
Kasi beratur ikut lain pulak...


Ok....Amek gambar belah sini lak...


Nie semua sekali... Ada sebelas ketoi...

Fridge magnet pon ada...
Tapi nak lekat takda..
Jadi tunggu dulu lah sampai berjumpa tempat untuk lekatnya....

Gambar keseluruhan workstation takleh publish....
Bahaya.... Sebab tengah huru hara tunggang tebalik.....

Tunggulah sampai mood untuk berkemas menyusun atur datang bergolek-golek kembali....

Teringin nak ade satu sudut untuk gantung keychain yang ade lagi dalam limaploh bijik kat umah tu....
Tapi boleh ke??????Kuang kuang kuang.....



Tuesday, 1 December 2015

Mood Kelauttttt

Assalamualaikum, Halloooo

Dua tiga menjak ni mood sangatlah kelaut....
Nak buat apa pon takleh..

Hari nie baru siap isi borang penangguhan untuk kali kedua...
Umie tangguh lagi untuk sesi 2015/2016 PJJ USM...
Ada hikmah disebaliknya...Pasti...

Sesi 2014/2015 Umie kena bayar RM800.00
Tahun nie taktau lagi...
Kena call USM semula dalam tempoh dua minggu lagi..
O.K.Harap takbanyak sangat...huhuhu...(sigh)
Sebab lambat tangguh.Sepatutnya kena tangguh sebelum sidang akademi bermula, barulah no fee..

Tapi takpelah... Salah Umie sebab malas nak call USM.
Walid dah banyak kali ingatkan...

Tahun depan Umie nak sambung semula...
Semangat baru...
Di tempat baru...
Yang pasti suasana baru dengan bilangan anak yang baru...ahaks!

Nak cari duit lebih untuk buat bayar yuran...harap-harap sempat cukupkan...Kena kerja kuat ni

Doakan Umieye....

In shaa Allah Umie boleh...Aamiin..

Friday, 20 November 2015

Pelaporan Nur Umairah Damia.....O.K @ K.O...

Assalamualaikum, Halloooo


Petang Jumaat...
Nak balik cepat... Sebab nak amek Pelaporan Tadika Kakyong....
Taktau la camne keputusannye...o.k atau k.o...

Nanti kite cerita pasal PERKEMBANGAN KAKYONG di Tadika Permata Suria....

UmieWalid dah sediakan hadiah untuk anak Solehah ni.....


Jeng Jeng Jeng.....


Tunggu update nanti lak ye....

Susun Atur SOHO merangkap Bilik Study dan Stor

Assalamualaikum dan Halloooo

Salam Jumaat hari yang penuh barakah......


 SOHO yang tak berapa megah tapi asalkan ada,
Alhamdulillah......
 Bilik study yg kecik tapi tetap syukur sebab lengkap.
Stor yang tak begitu tersusun tapi ok lah daripada takda....
Yang ni susun atur kali keberapa pon xtau dah...
Gambar yg sebelum² ni ada tp tak ingat kat mana sbb Umie ni selalu sangat bertangguh nak upload. Dah berkali² janji dengan diri ni nak konsisten update tapi tetap hampeh...huhu.


 Ok²,,.jon layan pictures ni



Nie mase nie UmieWalid belom beli rak buku lagi nie...





Kotak PC tue memang sampai ke saat nie masih ada....
Simpan bila nak pindah nanti nak guna semula kan....





Buku-buku study UmieWalid pon xde lagi mase nie...
Belom dapat lagi....


Nie bukan yang terbaru ye....

Yang terbaru dah macam-macam ada....
Plastic Box tue jangan cakapla....Penuh satu sudut....

Dah berubah macam-macam..... Side yang sebelah meja nanti Umie update lagi ye.....

........................

Thursday, 12 November 2015

Assalamualaikum, Halloooo Umie melangkah ke satu tapak lagi..... Alhamdulillah... Rezeki daripada Allah..... dan Umie cuba untuk REBRANDING page.... supaya lebih sesuai..... MY PAGE.... takmo terikat dengan apa-apa.... Nak independent... Ikut suke Umie nak jual ape... Nak update ape.... Susah kalau terikat dengan macam-macam syarat... Bila terikat susah nak melangkah jauh... Semoga Allah memberkati.... Aamiin.....

Friday, 6 November 2015

BERAYA DI PESTA BUKU POPULAR 2015 @ ZENITH

Assalamualaikum, Halloooo


Ingat lagi tak Umie ade hutang entry....
Sini Umie ade cerita  tentang raya kan...
Ni sambungannya....

Kitoqang gi raya kat Zenith Hotel Kuantan je...
Kedai buku PPOPULAR buat sale baq hang....


Ni gambar raya hari tue..... Ulang tayang...




Ni masa mula-mula masuk... Kakyonglah yang beriya sangat nak sorong bakul....



Cer tengok gambar kat atas.... penuh bakul diisi Kakyong. Sebab tue nak sangat tolak bakul. Senang dia nak capai barang masuk ke dalam bakul....



Nie hasil rembatan Kakyong...... Alasan sebab hari tue UmieWalid taknak beli yang betoi punya kat dia.... So dia amekla sharpener nie... Bukan satu tapi dua ok....



Nie lak Umie beli...Umie ngan Walid punye.... RM10 je untuk members.. Kalau tak member RM20. Kalau tak offer lagi mahal lah....



Yang nie Umie beli untuk Kakyong... Reward sebab behave......



Pas habis shopping sini kami balik.....Beraya di rumah lak...
...
...

Tuesday, 3 November 2015

TUKAR NAMA LAGI SEBAB DAH LAMA CUTI...

Assalamualaikum, Halloooo


Haaaa.....
Tajuk pon dah menggambarkan apa yang nak diceritakan...
Mula-mula Umie buat blog ni sebenarnya tak tau nak letak tajuk...
Jadi main letak je ape yang terlintas di fikiran....

Tapi masa Umie pi Kursus 2 minggu hari tue (19.10.2015-30.10.2015)  Umie sempat TERFIKIR tentang NAMA BLOG...
Sebab itulah terhasilnya nama blog nie...

Nama yang dekat di hati Umie.... Walau pon entah hape2 pada orang lain..hehe..
Kira ok la kan,,,,






Tuesday, 13 October 2015

MINI KIDZANIA @ IIUM Kuantan

Assalamualaikum, Halloooo

Ahad lepas Walid bawak Umie dengan anak-anak jalan-jalan.
Walid balik keje pagi tue siap-siap terus gerak.
Tak gi mana pon. Pi Pasar Tani then pi Mini Kidzania kat IIUM.

 Wajah girang budak berdua beradik nie...
Permata Hati UmieWalid



Selebihnya biar jelah gambar-gambar nie yang bercerita..
Walid macam biasa busy melayan anak dara yang sedang membesar.
Macam-macam dimintak...

 Tengah tekun dok mengintai Hemster...Tikus gemok kate Si Damia



 Mase nie tengok musang. Musang baru lepas mandi. Tapi musangnye malu nak bergambo. Lari jerr..


 Dok sibuk nak tengok Baby Snake...


 Umie * Damia * Irsyad
Umie dan gadget baru Umie...Cer teka, ape gadget baru tue???

 Suke sangatlah anak dara Umie ni dok buat muka bile begambo.
Taknak sangat pandang camera, ala-ala candid gitu..
Banyak akai anak dara sorang nie...


Nie je gambarnye...
Tajuk jer gi Mini Kidzania..(MK)
Hakikatnye tak dapat nak entry pon MK tuh...
Sebelum Zohor dah fully booked utk slot hingga pukul 5...
Alahai kesiannya anak dara Umie.....
Merajuk lah lagi.....
Untuk ubat merajuk....Walid bawak Kakyong gi makan kat tempat ade favourite food die...

Next entry yak.


Carotomax Shaklee

Assalamualaikum, Halloooo






Ingin mencuba AJHT dari Shaklee? Hubungi Umie di talian berikut:-
Roimah binti Idris (ID 1017445)
Wassap/call : 019 9799954
Page : Kedai Umie
Email : kammabiz8685@gmail.com
Penghantaran kesuluruh Malaysia menggunakan:
♥Pos Malaysia♥Airpack
Kawasan penghantaran segera dan PERCUMA 
 ♥Wisma Belia♥IM♥Sg Karang Darat♥Taman Kristal 
♥Bandar Kuantan


Monday, 12 October 2015

Info B Complex Shaklee

Assalamualaikum, Halloooo


B complex jugak sesuai untuk kaum lelaki dan perempuan.
Student, ibu hamil dan mereka yang berdepan dengan stresss amat digalakkan.







Ingin mencuba AJHT dari Shaklee? Hubungi Umie di talian berikut:-
Roimah binti Idris (ID 1017445)
Wassap/call : 019 9799954
Page :Kedai Umie
IG  : kedai_umie
Email : kammabiz8685@gmail.com
Penghantaran kesuluruh Malaysia menggunakan:
♥Pos Malaysia♥Airpack
Kawasan penghantaran segera dan PERCUMA 
 ♥Wisma Belia♥IM♥Sg Karang Darat♥Taman Kristal 
♥Bandar Kuantan


Sunday, 11 October 2015

Info Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum, Halloooo

Sesuai untuk kaum lelaki dan wanita
Ibu menyusu pon sesuai. Boleh jadi penggalak susu.
Ibu mengandung pulak, Alfalfa nie boleh cetuskan kontraksi, boleh elak daripada di induce.



Ingin mencuba AJHT dari Shaklee? Hubungi Umie di talian berikut:-
Roimah binti Idris (ID 1017445)
Wassap/call : 019 9799954
Page : Kedai Umie
IG : kedai_umie
Email : kammabiz8685@gmail.com
Penghantaran kesuluruh Malaysia menggunakan:
♥Pos Malaysia♥Airpack
Kawasan penghantaran segera dan PERCUMA 
 ♥Wisma Belia♥IM♥Sg Karang Darat♥Taman Kristal 
♥Bandar Kuantan

Saturday, 10 October 2015

Info Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

Assalamualaikum, Halloooo


AJHT nie sangat sesuai untuk semua golongan..






Ingin mencuba AJHT dari Shaklee? Hubungi Umie di talian berikut:-
Roimah binti Idris (ID 1017445)
Wassap/call : 0146913418
Page :Greenland Shop
Email : kammabiz8685@gmail.com
Penghantaran kesuluruh Malaysia menggunakan:
♥Pos Malaysia♥Airpack
Kawasan penghantaran segera dan PERCUMA 
 ♥Wisma Belia♥IM♥Sg Karang Darat♥Taman Kristal 
♥Bandar Kuantan

Tupperware Pilihan Oktober 2015 yang Best

Assalamualaikum, Halloooo


Nak tayang Tupperware pilihan bulan ini....
Nie kira pertama kali lah BOTOL AIR 500ml berwajah camni...
Jom jadi orang pertama yang milikinya....

Harga patut daripada Umie...




Sooooo sweet kan???
Nak beli 1 je pon boleh.
Nak beli 2 pon boleh, 3 pon boleh..
Kalau beli 4 dapat FREE KEYCHAIN limited yang Super Cunnnn!!!


Kalau berminat dengan Botol Air Cunn ni hubungi Umie ye... 0146913418
Stok Limited tau...Lambat gigit jari jelah...



Friday, 9 October 2015

Vendor Online KEDI

Assalamualaikum, Halloooo

Haaaa......
Agak-agak tajuk tu boleh beri bayangan tak apa yang Umie cuba sampaikan???
Dah lama Umie dok fikir. Bincang dengan Walid. Buat kira-kira kewangan.
Finally...
gl
gl
gl
gl
gl
gl
gl
gl
gl

Umie buat keputusan untuk tidak hanya menumpukan pada satu benda @ barangan sahaja...
Umie nak buat ala-ala vendor... All in One...

Kalau ade sape-sape nak suggest Umie jual ape-ape pon boleh gak....

Buat masa nie Umie ade beberapa list dah..
Dah going on pon....

Cuma sekarang masih dalam proses untuk DIKENALI UMUM.... @ BRANDING...

Doakan Umie berjaya ye....



Nanti Umie up lagi cerita tentang vendor shop ni ye.... tunggu ye....

Petua Hilangkan Bau Badan dan Ketiak

Assalamualaikum, Halloooo





Sapa yang tak susah hati bila badan berbau...kan?
Tambah-tambah bila nak berdepan dengan orang.
Tak kisahlah orang tu siapa. Kawan ke,saudara ke...Suami ke...

Kalau muke comey tapi ketiak berbau memang gagal lah kan...
Tambah-tambah yang bekerja di tempat yang agak panas...

Ok..Umie nak share satu petua untuk hilangkan bau badan.
Boleh cuba amalkan bagi yang rajin.





Rendam bunga cengkih yang dah matang dengan air panas yang sampai kembang. 
 Biar sampai air tue sejuk sikit.  
Pastu sapu air tadi tue kat bahagian ketiak mahupon mana-mana bahagian yang mengeluarkan bau..hihihi. 
 Lakuka sekerap mungkin.

Selamat Mencuba....
Semoga bermanfaat..


Thursday, 8 October 2015

Renang kan Sunnah Rasulullah...

Assalamualaikum, Halloooo

Nie cerita ahad lepas.. (4.10.2015)
UmieWalid melayan kehendak Kakyong yang pagi-pagi dah bangun dan tuntut janji Walid..

Kolam renang sebelah opis UmieWalid...
Kolam renang MPK...

Time nie jerebu masih menyelimuti Kuantan dan kawasan sekitarnya..

Layan jelah gambar Walid dengan Permata Hati Dunia Akhirat kami....



Budak Boolat sangat eksited bila Walid bawak die masuk dalam air...
Melompat-melompat die...


Ditambah Kakyong yang kuat mengacah....
Memang makin menjadi-jadilah galak si Boolat






Balik dari kolam kami singgah KOPI BILLAH kat Jalan Alor Akar lak...
Yang ni next lak cerita ye....




Friday, 25 September 2015

SALAM AIDIL ADHA daripada FAMILY K*E*D*I

Assalamualaikum, Halloooo Selamat Hari Raya Aidil Adha... Raya tahun ni kami masih di sini. Beraya bersama family kecik kami.. Beraya di Kuantan... Tahun ni kami beraya di Kuantan ber4... Tahun lepas ber3... Alhamdulillah rezeki Allah.. Walid duty balik pagi raya. Persiapan tak berapa nak ade sebab Umie je cuti Rabu,Walid duty. Damia dengan Irsyad cuti gak.... Cuti raya Rabu ngan Jumaat taska dioqang. Menu macam biasa....Bihun sup. Tu je yang mudah. Keropok satu bekas bapak besau.Goreng by Walid... No rendang sebab x sempat nak beli ayam, Walid keje kan... Peti plak penuh dengan susu Irsyad... Jom tengok raya kami yang ala kadar... Baju pon tak de. Guna baju lama jer....
Disebabkan Kuantan dilanda jerebu semula...Jadi kitoqang beraya di dalam bangunan je.... Nak tau beraya katne?????? hehehe...Tungguuuuuuu....next post ye...