Assalamualaikum, Halloooo
Salam Jumaat semua.....Apa khabarn koqang hari nie???
UmieWalid ngan anak-anak sihat-sihat je...
Hari nie nak share sikit tentang keracunan makanan...
Sekarang nie kedai makan belambak-lambak kat luaq kan....
Tapi kebersihan yang diamalkan oleh pengusaha, tak pastilah macam mana...
Ada yang nampak macam bersih je....., tapi bila tengok tukang masak, mak aiiiii!!!!! Kuku panjang 3 inci...
Ada yang nampak bersih serba serbi, tapi bila pi toilet dia, boleh fengsannnn!!!!!
Pendek kata, sesapa yang ada membeli makanan di luar, bertawakal lah... Mudah-mudahan kedai yang kita selalu membeli tu bersih.......
In shaa Allah...Aamiin...
Ok...Balik kpada tujuan asal....
Keracunan makanan nie berpunca daripada organisme, racun atau toksin dan bahan-bahan kimia....
Keracunan organisme berlaku akibat keadaan persekitaran kedai atau tempat menyediakan mahupon menghidang makanan tue sendiri tau. Misalnya persekitaran tue dalam keadaan cuaca panas atau lembap apatah lagi kalau kotar..... iiiiiuuuuuu...
Lebih ngeri, organisme nie boleh hasilkan racub dan bahan-bahan kimianya sendiri. Bahaya kannnnn???
Bakteria boleh muncul dalam makanan melalui 3 cara :
- penyediaan makanan yang kotor dan tidak teliti
- makanan yang tidak dihadam dengan sempurna
- makanan yang terdedah pada suhu persekitaran 30`c
Makanan dalam tin misalnya, kalau dah berkarat mahu pon kemek tinnya memang sangat mudah untuk dijangkiti bakteria. sama jugaklah kalau bahagian penutup dia dah kembung pon.
Antara makanan yang mudah dijangkiti bakteria adalah seperti susu atau makanan yang bersusu (keju dan krim); masakan berlemak; roti dan kuih muih; makanan laut seperti kerang ;daging (lembu & ayam).
Makanan mentah yang kita beli tu kena simpan di tempat yang dingin. Kalau tak memang tercemar dengan bakteria lah jawabnya..
Pencemaran jugak boleh terjadi kepada:
- makanan di dalam tin yang terdedah kepada suhu yang tinggi setelah penutupnya dibuka.
- makanan yang basah dan berair yang ditinggalkan di tempat panas
- buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik.
Kalau rasa mual-mual -kecuali mengandung ye....hihi- muntah, ceriberi, pening dan gangguan perut -senang cakap tak sedap perut- tue adalah petanda kita keracunan makanan....
Bahaya tau keracunan makanan nie....
Kalau yang serius boleh melibatkan keracuanan sistem saraf. Sangat bahaya bagi kanak-kanak tau...
Jadi, ayuh pastikan makanan kita sihat....
Credit : Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguana Kuala Lumpur (PKPKL) denjgan kerjasama KPDNKK