Amboiiiii... Lama Umie tak muncul kan...
Hari nie just nak share satu resepi yang simple
Tapi kami sefamily memang sangat suka
Tambah-tambah Kakyong..
Sup ketam.
Mudah je nak buat dia yang penting ada watak utama
Iaitu ketam....
Bahan yang diperlukan.....
3 ekor ketam (bunga/renjong) disiang bersih
1Sup bunjut
Tomato
Karot (tapi Umie tak letak)
Ubi kentang (tak letak jugak)
Daun sup
Daun bawang
Halia
Air secukupnya
2 Ulas Bawang merah dimayang *
2 Ulas Bawang Putih dimayang *
Sedikit minyak untuk menumis *
Ketam yang dah siap siang dan dibersihkan
Cara memasak.........
Masukkan air, halia dan sup bunjut ke dalam periuk.
Kemudian masukkan ketam ke dalam periuk yang tadi
Pastikan air dah hampir mendidih baru masuk ketam nye
Dalam lima minit masukkan pulak tomato
Biar mendidih sekejap atau nampak ketam masak masukkan
pulak daun sup dan daun bawang.
Di dalam kuali berasingan tumis bahan bertanda * tadi hingga naik bau.(Yang nie Umie selalu bagi garing sikit)
Kemudian curahkan ke dalam periuk sup ketam tadi...Tadaaaaaaaa... Siap!!!!
Sup Ketam Mudah gaya Umie....
Selamat mencuba....