Tuesday, 23 August 2016

Doa Memulakan Kerja / Perniagaan

Assalamualaikum, Halloooo

Jom mulakan langkah kita hari nie dengan doa...


Aamiin....

Monday, 22 August 2016

Nasi Jantan : Menu Pilihan Walid

Assalamualaikum, Halloooo

Entry nie sepatutnya dah lama dibuat..
Tapi biasalah, nak buka album dan cari gambar-gambar memang sangat cabaran buat Umie..
Hihi.. Nmpak tak kemalasan Umie di situ???

Okay.. Nak share satu tempat makan yang agak unik hidangannya...
Nama makanannya pon dah unik...
Nasi Goreng Jantan. Umie pon dah ingat-ingat lupa,..
Sebab dah lama sangat nie..
Kitoqang gi masa bulan Januari.
Irsyad pon kecik lagi..



Nie masa mula-mula sampai...
Nampak tak Irsyad macam dah tak selesa dia...
Tak tahan panas nie budak bulat nie....



Kakyong dengan Kekasih Awalnya



Bergambar memang suke sangatlah Kakyong...






Nasi Goreng Burung Puyuh
Dua ekor tau burung puyuh dia taruk...
Dengan telur mata, coselow, sos dan sambal...



Kasi zoom in lagi... 
Tengok tue ada french fries gak...
Bebola sotong ke ayam tak ingat dah.. Hihi



Nasi Goreng Jantan!!!!!
Ini dia menu yang ditunggu-tunggu...
Nie Walid punye...



Macam-macam jugak ada dalam tue..
Nasib baik tak order untuk Kakyong sekali..
Kalau tak memang membazirlah...



Air Jagung, Milo Ais, Nescafe Ais
Air die sedap tapi sikit... Hihi..

Nie sos yang Kakyong kagum sangat.
Sebabnya ada warna purple...
Macam-macam Kakyong nie..


Lepas habis, makan order ni pulak...



Dimsum.
Sedap. Tapi tak ingatla brape harga.
Yang pasti bawah RM 5.

Takpe, lepas nie kalau ada rezeki pegi lagi Umie check semula harga..
Untuk rujukan di masa depan...

Tempat die  : Kat jalan nak ke Teluk Cempedak melalui simpang empat depan JUPEM & BMW.
Kedainya macam gerai je. Sebelah kanan. Jumpa Restoran PADI dahulu, lepas tue baru nampak kedai nie..
Die ade banyak gerai-gerai..
Bersebelahan Chatr Koteow Brother Bob.

Saturday, 20 August 2016

D.I.Y Shawl Lama Ke Bawal Instant

Assalamualaikum, Halloooo

Lama punya cerita nie...
Korek-korek album dan jumpa...
Jadi nak share kat sini...

Dapat tutorial nie daripada Geng Jahit...



Okay, nie shawl Umie yang asal..
Umie potong bagi jadi empat segi sama dan pin di bawah dagu...



Jadilah Bawal untuk Kakyong...



Bukan main suka lagi Kakyong dapat tudung baru...



Semangat sampai ke pasaraya pon pakai...
Kalau tak jangan haraplah.



Nie lagi satu. Instant jugak nie..
Tapi yang nie kurang kemas sikit sebab die ade sambung-sambung...

Ade lagi yang Umie dah D.I.Y. Nanti Umie share ye.
Kalau ade kelapangan bolehla Umie share tutorial..
Tapi tak berani janji.... Hihi...


Anna Si Rabbit Yang Lari daripada Rumah

Assalamualaikum, Halloooo

Arnab ni Kakyong pelihara daripada kecil lagi...
Beli di Pasar Tani UTC...
RM 30 seekor. Betina...
Kakyong namakan Anna. Mula-mula nak bagi nama Elsa.
Tapi tak jadi...

Arnab nie Umie ada cerita kat sini.
Tapi arnab nie dah lari daripada rumah...huhu..
Umie lepaskan die di carporch. Bagi die main-main di luar...

Tapi pukul satu pagi, masa Umie nak gi jemput Walid di Terminal Sentral Kuantan, tengok Ana dah ade di atas jalan. Tak taulah ikut lubang mana die keluar.. Masa nie kalau tak salah Umie 02.04.2016. Jumaat malam Sabtu...

Memang tak paqnjang jodoh Anna dengan Kakyong Damia...
Gayanya Kakyong macam dah boleh terima kot yang dia memang tak boleh pelihara apa-apa.
Baru-baru nie sibuk nak bela ikan Ghapi lak..
Beli empat ekor...
Tiga ekor dah selamat... Sekor lagi tue tak taulah brapa hari lagi boleh bertahan....


Sekarang Kakyong dok main-main kejar-kejar kucing jiran yang sokmo masuk kawasan umah...
UmieWalid memang tak bagi Kakyong bela, sebab belum mampu lagi nak melayan berak kencing kucing... Huhu...
Cukuplah kucing-kucing yang dok datang umah dan berak merata-rata.. Pening Umie nak melayan,...
Jangan berak dalam pasu Umie sudah... HUHU...

Monday, 15 August 2016

Mencari Idea Untuk Susun Atur Bilik Anak Dara Umie

Assalamualaikum, Halloooo

Umie dah banyak kali alih kedudukan barang dalam Playroom Kakyong Damia...
Sekarang dan isytiharkan sebagai Bilik Study Kakyong pulak lah...
Buat masa nie Irsyad punya belum ada lagi, sebab Irsyad pon kecik lagi...

Umie dah tak ingat mana Umie simpan gambar setiap perubahan bilik Kakyong.
Tapi sekarang nie Umie dok plan nak alih lagi...
Sebabnya bilik Kakyong dah jadi macam stoe kedua plak...
Semua barang ditransit kat situ...
Kesian Kakyong sebab bersepah giler bilik dia...
Sedih pon ada bila nengoknye...

Jadi hari nie Umie amek masa sikit untuk google-google idea-idea daripada otai-otai susun atur nie...
Jadi Umie paste kan kat sini untuk rujukan Umie dan rujukan kawan-kawan...
Setiap gambar ada link blognya...
Jadi bolehla gi tengok terus blognya ye....

suesukasusun.blogspot.com (nie milik blogger yg Umie sokmo skodeng)












Ok....
Ni idea ni boleh diguna pakai untuk Bilik Study ngan SOHO UmieWalid jugak rasanya...
Doakanlah semua berjalan lancar ye... Aamiin....

Tunggu jelah next update yang memang tak tahu lagi bilaaa....hihihihi
Sebab tengah mencari ruang untuk siapkan projek-projek nie...


Friday, 12 August 2016

Pil Kalsium : Adakah Koqang Pon Sama Macam Umie???

Assalamualaikum, Halloooo

Cuba jawab solan di bawah...
Kalau jawapan 'YA' koqang lebih daripada dua, ini bermakna koqang pon macam Umie...


  • Alah pada susu
  • Tidak suka minum susu
  • Berisiko dapat osteoporosis (terutama kaum hawa)
  • Ibu hamil 
  • Ibu menyusu
  • Sering keletihan
  • Susah bangun pagi
  • Sering kebas tangan dan kaki
  • Tekanan darah tidak seimbang
  • Sentiasa sakit-sakit @ lenguh-lenguh badan
  • Alamai masalah kuku, kulit dan rambut kasar
  • Selalu kekejangan atau krem
  • Susah membuang (air besar)

Umie dah lama alami kebanyakan masalah kat atas nie... Jadi Umie cuba cari penyelesaian.
Bab bangun tido tu tak payah story in details la, opkos memang bapak liat nak bangun.
Masa mengandung Kakyong Damia lagila... Malam-malam tido kaki konpem krem. Sampai nangis-nangis.. Kalau Walid ade memang dialah yang jadi mangsa untuk mengurut kaki Umie.. Kalau Walid takde terpaksalah Umie urut sendri slow-slow...
Bila dah ada anak dua, lain pulak halnya..(Umie mula kenal Shaklee slps Kakyong dah lahir) Balik keje dah penat, nak urus anak lagi, umah lagi... Tapi syukur Umie dapat suami yang amat ringan tulang... (tq ALLAH).... Tapi macam mana pon Umie sendiri sebagai ibu dan isteri memang rasa tak besh bila badan asyik penat. Tak leh nak perform sebagai seorang wanita berumahtangga yang sempurna rasanya...(ceewwwwahhhh) 
Jadi Umie pon cuba cari penyelesaiannya, macam-macam Umie cuba tau, tapi akhirnya dengan Ostematrix Shaklee jugaklah sudahnya...

Ostematrix ni yang bestnya sebab die ada magnesium dan vitamin D siap dalam satu tablet tu.. Jadi tak perlulah Umie nak cari dua vitamin tu berasingan. Sekali telan je dah cukup lengkap dok ada...
Jadi sampai sekaranglah Umie dok amalkan Ostematrix... Bagi Umie harga dia tak mahal sangat sebab ada banyak dalam tue... Tambahan pulak Umie makan 2-4 bijik ja sehari... Umie dengan Walid, sama-sama makan... 
Sebotol tue ada 120 biji...  
Harga pulak RM 61.00 je...
Tapi bulan nie kalau koqang beli harga dia murah je sebab ada OFFER...
2 botol dapat less 5% tau.....
Kalau cari kawan-kawan, kumpul cukupkan 6 orang, korang boleh dapat FREE 1 botol...
Haaa.... Sape nak bagi???

Kalau koqang rase nak tanya apa-apa boleh contact Umie ye..
Nak tanya tentang produk atau nak tanya tentang harga...
Jangan malu-malu ye...



 Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia 
 Id : 1017445 
 Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan khidmat Poslaju 





Thursday, 11 August 2016

Promosi Ogos 2016 : Ostematrix dan Vitalea 4 Children

Assalamualaikum, Halloooo



 Beli 3 PERCUMA 1 

Ini bermakna, kalau beli 3 botol kita hanya perlu bayar RM 333.00 tapi dapat 4 botol...
Kalau tak promosi sebotol sahaja RM 111.00...





   Beli 6 PERCUMA 1 
 Beli 2 diskaun 5% 


Biasanya kalau beli sebotol Ostematrix RM 61.00 
Kalau beli 2 botol baru RM 122.85 (sebab diskaun 5%)
Kalau beli 7 botol pulak baru RM 387.96 (harga utk 6 botol je)



Apa Beza Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik???

Assalamualaikum, Halloooo

Sihat ke semua?????
Pagi nie Umie nak cakap sikit tentang VITAMIN...
Umie percaya ramai kat luar sana yang mengambil vitamin untuk kesihatan dan kecergasan dan lain-lain.
Tak kisahlah samada vitamin tue diambik untuk diri sendiri atau untuk insan-insan yang kita sayangi.
Apa yang pasti kita cuba nak bagi yang terbaik untuk diri sendiri dan mereka yang disayangi kaan...

Tapi, tahukah kita vitamin yang kita makan selama ni selamat atau tak?
Macam mana pulak nak tahu selamat atau tidak????
Sekiranya vitamin itu adalah semulajadi, ini bermakna selamat lah untuk kita amalkan.
Manakala kalau vitamin tue sintetik, kurang selamatlah. Tambahan pulak untuk jangka masa panjang...



Apa Beza Vitamin SEMULAJADI dan SINTETIK ?????


Ada empat skop yang Umie nak kupaskan tentang tajuk nie...
Jom kita sama-sama tengok...

PENGHASILAN

  • Vitamin semulajadi dihasilkan daripada ektrak bahan-bahan semulajadi daripada intipati yang diperlukan; dan menyingkirkan fiber@serat. Contohnya Vitamin C semulajadi diperoleh dengan mengambil pati askorbik dalam buah limau@oren dan serat-seratnya disingkirkan.
  • Vitamin sintetik pula dihasilkan daripada manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat di dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6; jadi gabungan daripada molekul-molekul karbon (C) hidrogen (H) dan oksigen (O) ini boleh dihasilkan daripada apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.


KESERASIAN DENGAN BADAN
  • Vitamin semulajadi dihasilkan daripada bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, malah memberikan kesan yang lebih baik.
  • Vitamin sintetik pula formulanya sama, tetapi ia tidak sama dengan vitamin natural, jauh sekali dengan makanan asli.
HARGA
  • Sudah semestinyavitamin semulajadi lebih mahal kerana penghasilannya daripada bahan-bahan semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu bagi sesuatu vitamin walaupun bahan itu bukanlah bahan utama di dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan bahan menyebabkan batu karang @ batu buah pinggang.
  • Oleh sebab pembuatannya untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk 'solo'. Misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D. Oleh itu, bagi sesipa yang mengambil kalsium sintetik mereka haruslah mengambil magnesium dan vitamin D daripada sumber yang lain.
KESAN JANGKA PANJANG
  • Vitamin semulajadi tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilannya daripada bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
  • Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Jadi, dengan sedikit perkongsian ilmu nie Umie harap dapat membantu kawan-kawan yang sedang mencari-cari vitamin untuk kesihatan..

Kalau ada yang berminat untuk tahu atau beli vitamin Shaklee, bolehla hubungi Umie ye...



NotaUmie : Vitamin nie bukan ubat ye... Tetapi sebagai makanan tambahan. Takde pon takpe, tapi adalah lebih baik ada. Fungsi vitamin nie adalah untuk menutup lopong-lopong kekurangan nitrisi dalam badan kita.




Monday, 1 August 2016

Komunikasi Tambat Suami : Demi Cinta





Assalamualaikum, Halloooo

Hari nie dah Satu Ogos Dua Ribu Enam Belas....
Lama Umie tak update blog.....
Beraya sakan la katakan...

Hari nie Umie nak share Tips daripada Majalah Demi Cinta Isu yang keLapan..
Bagus majalah nie...
Sayangnya nie adalah edisi pertama Umie beli..
Ok...jom kita semak tips berguna Yang dishare oleh Pakar Pintar Gender, Ahmad Shafiai Uda Jaafar.




KOMUNIKASI TAMBAT SUAMI


  1. Jika isteri ingin menegur kesilapan suami, pilih waktu selain waktu suami baru balik kerja. Minda kaum lelaki pada waktu ini hanya ingin mendengar perkara yang positif mengenai dirinya sahaja.
  2. Tegur secara berkala sewaktu bersama seperti semasa meraikan ulangtahun perkahwinan.
  3. Jika suami pula mengadu kepada isteri, dengan ceritanya dengan penuh empati.
  4. Elakkan menunggu suami tersilap cakap untuk 'memulang paku buah keras' kerana strategi ini menyebabkannya rasa terperangkap.

Dalam pada tue, kita pon kena selalu memohon agar Allah S.W.T sentiasa membantu kita dalam melayari bahtera rumahtangga...
Dalam rumahtangga nie, perselisihan faham tue adalah lumrah, cuma kita sebagi suami isteri harus bijak tangani...

Semoga kita semua diberkati Allah.. Aamiin...