Monday, 1 August 2016

Komunikasi Tambat Suami : Demi Cinta





Assalamualaikum, Halloooo

Hari nie dah Satu Ogos Dua Ribu Enam Belas....
Lama Umie tak update blog.....
Beraya sakan la katakan...

Hari nie Umie nak share Tips daripada Majalah Demi Cinta Isu yang keLapan..
Bagus majalah nie...
Sayangnya nie adalah edisi pertama Umie beli..
Ok...jom kita semak tips berguna Yang dishare oleh Pakar Pintar Gender, Ahmad Shafiai Uda Jaafar.




KOMUNIKASI TAMBAT SUAMI


  1. Jika isteri ingin menegur kesilapan suami, pilih waktu selain waktu suami baru balik kerja. Minda kaum lelaki pada waktu ini hanya ingin mendengar perkara yang positif mengenai dirinya sahaja.
  2. Tegur secara berkala sewaktu bersama seperti semasa meraikan ulangtahun perkahwinan.
  3. Jika suami pula mengadu kepada isteri, dengan ceritanya dengan penuh empati.
  4. Elakkan menunggu suami tersilap cakap untuk 'memulang paku buah keras' kerana strategi ini menyebabkannya rasa terperangkap.

Dalam pada tue, kita pon kena selalu memohon agar Allah S.W.T sentiasa membantu kita dalam melayari bahtera rumahtangga...
Dalam rumahtangga nie, perselisihan faham tue adalah lumrah, cuma kita sebagi suami isteri harus bijak tangani...

Semoga kita semua diberkati Allah.. Aamiin...


No comments: