Tuesday 19 April 2016

Jangan Mencangkung Waktu Mengandung!!! : Part 1

Assalamualaikum, Halloooo

Pernah dengar tak larangan keras nie???
Terutama buat ibu-ibu yang sedang hamil mahu pon disyaki hamil.
Orang tua kita selalu larang, takut buasir katanya...
Mungkin betul mungkin juga tidak...
Adakalanya petua orang tua sedikit bercanggah dengan amalan perubatan amoden.
Tapi semua tue tak bermaksud kita perlu tolak bulat-bulat mana-mana pendapat...

Nie ada beberapa info Umie dapat daripada bacaan di majalah MAMI BABY edisi Dis '15.

Jom kita cek satu persatu ye....


 **5 Kebaikan mencangkung**


  • Meningkatkan Kekuatan Otot Lantai Pelvik
Kekerapan anda bercangkung (dengan teknik yang baik) akan membantu otot lantai pelvik anada bersedia untuk kelahiran.  Senaman ini akan menguatkan lagi otot lantai pelvik anda berbanding dengan senaman kegel



  • Mencegah Sakit Belakang Dan Pelvik
Menguatkan otot-otot gluteal iaitu punggung anda dan membantu mengurangkan sakit bahagian bawah pinggang dan pelvik.  Otot-otot Glueteous Maximus yang kuat membantu menstabilkan pelvis dengan menyokong sendi sacroilic anda.  Ini dapat mencegah kesakitan yang selalunya disebabkan oleh pelonggaran ligamen akibat hormon-hormon kehamilan iaitu relaxin dan progesteron.




  • Bersedia Untuk Bersalin
Bercangkung dapat membantu khususnya di dalam menyiapsediakan anda dengan pelahiran dan proses bersalin.  Senaman tersebut mencerminkan posisi-posisi yang anda boleh lakukan untuk membantu menangani kontraksi pada awal dan lewat pelahiran serta membantu bayi untuk turun lebih ke bawah memasuki ruang pelvis.




  • Posisi-posisi kelahiran Yang Lebih Kuat
Menguatkan otot-otot kaki semasa hamil dengan melakukan satu variasi bercangkung dapat memberikan anda lebih daya ketahanan dalam posisi pelahiran yang mana ia akan membenarkan graviti untuk membantu peklvik membuka dengan lebih luas agar dapat memberikan lebih banayk ruang untuk bayi ditolak keluar.


  • Pinggul Yang Lebih Cantik
Bercangkung akan mengekalkan bentuk punggung anda senmasa hamil dan selepas hamil dan anda tidak perlu berasa risau mengenai rupa bentuk pinggul anda....

Part 1

No comments: