Tuesday 31 May 2016

Pam Susu : Autumz

Assalamualaikum, Halloooo

Suatu masa dulu masa Irsyad masih baby sangat lagi...
Nielah antara barang yang wajib Umie bawe ke opis...
Box Coleman Biru tu pulak  wajib dibawe ke taska Irsyad....


Susu Umie...
Sekali Umie pam, Alhamdulillah dapat 10oz...
Rezeki Irsyad...
tapi sampai Irsyad enam bulan lebih je fully EBM...
Pastu Umie gi Kursus Undang-undang Rendah dah tak dapa nak supply...
Sebab jadual mengepam lari dan Umie demam serta cirit-birit...
Umie tak makan, tak minum...
Jadi tak dapat nak produce susu yang berkualiti untuk Irdyad...
So sad....
Tapi Alhamdulillah.... Sempat jugak enam bulan.
Berbanding Kakyong dulu.....
Awal-awal lagi Umie dah campur dengan FM...
Khilaf Umie sebab Umie tak tahu dan tiada ilmu tentang BF, EBM....

Maafkan Umie Kakyong.... Maafkan Umie Irsyad...

Apepon, terima kasih Allah atas rezeki susu buat anak-anak Umie...


Friday 27 May 2016

Ephyra Premium Murah dan Redha Dengan Ujian

Assalamualaikum, Halloooo

Dah petang Jumaat dah... Sekejap je rase...
Esok sabtu, lusa ahad...
Tapi esok Umie ade task....
Kesian anak-anak...
Ahad pulak Walid duty...
Nampaknya duduk rumah jelah dua beradik tue...

Hari Rabu lepas Umie telah kehilangan bekas pensel Umie...
Bekas pensel yang Umie buat sendiri untuk isi semua barang-barang Umie...
Segala pen dan pendrives...
Semua hilang...
Umie rase Umie dah terbuang sekali dengan sampah masa pagi nak pergi work tu...

Sedih....Balik umah tengok sampah dah takde. Dan bekas pensel Umie pon takde dalam tong sampah tue...
Menangis.... Tapi nak buat camne kan???
Kakyong beria pujuk... "Umie janganla nangis..."
Dok ulang tu lah setiap kali die pi mai pi mai daripada dapur ke depan...
Dah besar anak Umie. Dah pandai pujuk. Dah paham perasaan sedih yang orang lain laui....
Alhamdulillah....

Bab Kedai Umie, still open..
Cumanya banyak poster-poster yang Umie dah edit dan tangguh-tangguh untuk publish tu terpaksalah dibuat balik....
Gambar-gambar pon takde... Tengah dok fikir nie... Ape yang nak dipublish kat Page n Blog kalau dah semua takde...

Tapi takpe, bak kate Walid, pasti ada hikmah daripada Allah...
Redha je...
In shaa Allah Umie cuba cover balik slow.....

Ok...Jom tengok komen Memey tentang Ephyra kat bawah ni dulu ye....


Dapatkan Ephyra Premium pada harga yang lebih murah berbanding di pasaran...

Wassap / Telegram : 0146913418 (Ema Kama)


Monday 23 May 2016

Tips Elak Keracunan Makanan

Assalamualaikum, Halloooo

Hari nie nak share tips lagiii...
Umie dapat daripada bacaan kat suqathabaq.

PersatuanKesihatan sedunia (WHO) mengesyorkan :




  • Membasuh tangan dengan teliti bila menyediakan makanan atau semasa terhenti di antaranya
  • Asingkan makanan yang dah masak dengan yang tak masak lagi. Makanan yang dah masak lebih mudah tercemar berbanding yg mentah.
  • Pilih makanan yang dah diproses. Yang Umie paham maksudnya kat sisni makanan yang dah dimasak separuh terlebih dulu macam fishcake, fishball, etc...atau yg dah siap masak macam roti, biskut, etc. 
  • Masakan makanan dengan teliti atau betul-betul masak. Bagi memastikan kuman yang mencemari makanan tue 'mati'.
  • Makanan yang dah dimasak tu hendaklah dimakan dengan serta merta sebab bila dah sejuk kuman akan mudah mencemarinya. Lagi lama dibiarkan, lagi tinggi risiko.
 
  • Simpan makanan yang telah dimasak di tempat yang sesuai. Samada panas atau dingin. Macam dapur mamasya kat atas tue sebagai contoh.
  • Panaskan makanan hingga betul-betul panas bagi memastikan kuman yang 'menumpang' menjauhi makanan kita tue masa kita simpan.
  • Jaga kebersihan dapur serta tempat memasak -Islam pon tuntut kita menjaga kebersihan,kan???-


Selamat beramal semua.....
Semoga Allah memberikan kita semua kesihatan agar dapat menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi-Nya... aamiin...

Credit : Tuan-tuan gambar yang gambarnya diambil ihsan pakcik google

Saturday 21 May 2016

Ephyra Skin Bar

Assalamualaikum, Halloooo

Umie nak share dengan koqang tentang Ephyra Skin Bar yang ohsem!!!



Sabun nie boleh dikerat empat bahagian...
Jadi jimatlah bile nak guna...
Tahan lama jugak la...
Lebih daripada sebulan....
Harga pon sangat berpatutan...



Dengan harga yang ditawarkan adik-adik di bangku sekolah pon boleh beli nie...
Tambahan pulak di usia remaja lah zaman paling sesuai untuk jaga kulit wajah...
Tak delah nanti susah sangat nak mencari macam-macam produk untuk hilangkan jerawat batu..hehe

Bagi yang berminat boleh contact Umie ye....

Wassap / Telegram : 0146913418 (Ema Kama)

Kedai Umie : Susu Irfan Susu : Kambing Murah



Assalamualaikum, Halloooo

Hari nie Umie nak cerita tentang Susu Irfan....
Umie dah start bagi Damia minum susu nie dalam tiga bulan...
Alhamdulillah, dah jarang demam macam dulu...
Maklumlah anak-anak kecik yang bersekolah, mudah dijangkiti dengan kawan...
Lagi pon Damia dah mula tak mahu minum susu.
Sebab tue Umie cuba bagi dia minum susu nie...

Susu Kambing Koko dengan tambahan madu...


Antara khasiat Susu Irfan nie :

~Dapat mengatasi sembelit~
~Dapat mengatasi ekzema~
~Dapat meningkatkan selera makan~
~Mengatasi masalah penghadaman~



Harga sekotak RM 39 untuk 500g

Harga nie adalah harga paling murah bagi susukambing jenama lain yang terdapat di pasaran....

Kalau ada yang berminat boleh Wassap / Telegram : 0146913418 (Ema Kama)

Susu ni available di kedai Umie...
Untuk yang berminat, harga nanti Umie bagi yang kasih sayang punye ye....
In shaa Allah...

Friday 20 May 2016

Keracunan Makanan : Bahaya Sangat Ke?????

Assalamualaikum, Halloooo

Salam Jumaat semua.....Apa khabarn koqang hari nie???
UmieWalid ngan anak-anak sihat-sihat je...

Hari nie nak share sikit tentang keracunan makanan...
Sekarang nie kedai makan belambak-lambak kat luaq kan....
Tapi kebersihan yang diamalkan oleh pengusaha, tak pastilah macam mana...
Ada yang nampak macam bersih je....., tapi bila tengok tukang masak, mak aiiiii!!!!! Kuku panjang 3 inci...
Ada yang nampak bersih serba serbi, tapi bila pi toilet dia, boleh fengsannnn!!!!!
Pendek kata, sesapa yang ada membeli makanan di luar, bertawakal lah... Mudah-mudahan kedai yang kita selalu membeli tu bersih.......
In shaa Allah...Aamiin...

Ok...Balik kpada tujuan asal....



Keracunan makanan nie berpunca daripada organisme, racun atau toksin dan bahan-bahan kimia....
Keracunan organisme berlaku akibat keadaan persekitaran kedai atau tempat menyediakan mahupon menghidang makanan tue sendiri tau. Misalnya persekitaran tue dalam keadaan cuaca panas atau lembap apatah lagi kalau kotar..... iiiiiuuuuuu...
Lebih ngeri, organisme nie boleh hasilkan racub dan bahan-bahan kimianya sendiri. Bahaya kannnnn???

Bakteria boleh muncul dalam makanan melalui 3 cara :

Image result for keracunan makanan   

  • penyediaan makanan yang kotor dan tidak teliti
  • makanan yang tidak dihadam dengan sempurna
  • makanan yang terdedah pada suhu persekitaran 30`c

 


Makanan dalam tin misalnya, kalau dah berkarat mahu pon kemek tinnya memang sangat mudah untuk dijangkiti bakteria. sama jugaklah kalau bahagian penutup dia dah kembung pon.


Antara makanan yang mudah dijangkiti bakteria adalah seperti susu atau makanan yang bersusu (keju dan krim); masakan berlemak; roti dan kuih muih; makanan laut seperti kerang ;daging (lembu & ayam).


Makanan mentah yang kita beli tu kena simpan di tempat yang dingin. Kalau tak memang tercemar dengan bakteria lah jawabnya..

Pencemaran jugak boleh terjadi kepada:
  • makanan di dalam tin yang terdedah kepada suhu yang tinggi setelah penutupnya dibuka.
  • makanan yang basah dan berair yang ditinggalkan di tempat panas
  • buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik.

Kalau rasa mual-mual -kecuali mengandung ye....hihi- muntah, ceriberi, pening dan gangguan perut -senang cakap tak sedap perut- tue adalah petanda kita keracunan makanan....


Bahaya tau keracunan makanan nie....
Kalau yang serius boleh melibatkan keracuanan sistem saraf. Sangat bahaya bagi kanak-kanak tau...

Jadi, ayuh pastikan makanan kita sihat....

Credit : Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguana Kuala Lumpur (PKPKL) denjgan kerjasama KPDNKK









Lepas Besalin Jer Mesti Mak-mak Jadi Pelupa....Why????

Assalamualaikum, Halloooo

Hari nie Umie nak share info lagi....
Mesti ramai nak tau kenapa ibu-ibu yang dah melahirkan biasanya mengalami masalah kelupaan yang agak dahsyat????

Orang tua-tua selalu kata.... Urat banyak putus waktu bersalin....
Ye ke????

Kalau nak tau, ni cerita sebenar ye...

Soalan : Akhir-akhir nie saya sering lup-lupa. Kadang-kadang saya lupa letak barang di mana. Nama kawan yang baru saya kenal pon lupa. Adakah pengambilan nutrisi membantu masalah saya?

Jawapan : Masalah ingatan akan berlaku disebabkan proses penuaan dan kekurangan nutrisi seperti kolin di dalam badan. Sumber kolina boleh didapati daripada lecithin (kaya sumber soya). kolina akan bertindak dalam mengaktifkan acethylcholine (bertindak sebagai neurotransmitter) dalam menguatkan ingatan serta menghasilkan ingatan yang baru. Jadi pengambilan lecithin sebagai sumber tambahan akan dapat membantu masalah yang dihadapi.

Semasa mengandung, kolin daripada badan ibu akan disalurkan kat baby dalam perut tu...
Macam tue jugak masa menyusukan baby....
Kolin nie sangat penting untuk menghubungkan sel-sel otak kite...
Bila tak cukup kolin, sel-sel otak lambat sikit nak bersambung.
Jadi respon pon slow lah....

Kolin nie jugak sangat penting untuk perkembangan otak dan emosi anak yang dikandung dan disusukan.
Menurut Journal of Pediatrics, bayi yang tak dapat cukup kolin masa otaknya sedang berkembang, ia boleh mengganggu perkembangan intelek, memori dan juga emosi secara kekal....

Jadi, pesanan buat ibu-ibu... Dapatkanlah bekalan kolin secukupnya demi anda dan anak-anak.....

Thursday 19 May 2016

Asic Folic Bersifat Sintetik????

Assalamualaikum, Halloooo

Tahu tak koqang yang hampir 99% Asid folic di pasaran bersifat sintetik???

Dan yang semulajadi pon tak semua mudah diserap oleh badan...
Oleh sebab tue Umie nak share 2 perkara penting kalau nak ambik acid folic nie....
Tambah-tambah untuk ibu hamil dan yang planning untuk hamil.....


  • asid folic semulajadi
  • kadar menyerap yang tinggi (bioavailability)
Kalau nak tau....B complex shaklee ada 8 komponen penting vitamin B termasuk 100% biotin dan asid folic.

Semuanya memenuhi 2 syarat di atas.

Semua 8 komponen nie wajib ada untuk memastikan kita dapat B complex yang seimbang dan berkesan.

Apa tu biotin? Dengan bahasa mudahnya, biotin adalah merupakan salah satu cabang daripada vitamin B complex yang menukarkan makanan kepada tenaga.

Jadi, bila kita mengamalkan B complex Shaklee secara tak langsung boleh elakkan dari gemuk lah sebab makanan kita ditukarkan kepada tenaga...kan???
Jadi, apa tunggu lagi???




Untuk yang Ingin bertanya tentang sebarang Produk Shaklee boleh hubungi Umie.


ROIMAH BINTI IDRIS
ID:1017445
Tel : 019 9799954
Page : Kedai Umie
IG : kedai_umie
Pengeposan ke seluruh Malaysia




Untuk semua pelanggan yang membeli dengan Kedai Umie, anda akan diberikan khidmat nasihat yang diperlukan secaraPERCUMA!!!!!!!

Sekali anda membeli dengan kami, pasti anda akan berpuas hati dan kembali lagi.....

Wednesday 18 May 2016

Cathy Doll : Nak Cari Katne????

Assalamualaikum, Halloooo

Hari Selasa tue Umie bawak Damia gi cari bedak...
dah lama tak membeli bedak, baerang untuk make up...
Tapi, Umie nak Cathy Doll...
Takde jual...
Dah dua tiga tempat Umie cari... Still tak dijual...
Mane nak carik ye????



#################################################################################


Kenapa Ephyra Menjadi Pilihan Ibu-ibu masa kini????





Wassap / Telegram : 0146913418 (Ema Kama)

Nama Untuk Perniagaan....Nak letak Ape ye???

Assalamualaikum, Halloooo

Apa khabar semua???
Harap-harap semuanya sihat belaka lah ye...
Umie bercuti khamis hingga isnin lepas (13-16.05.2016)
Kitoqang balik ke kampung... Walid ade urusan di Kuala Ketil...
Alang-alang, Umie dengan Damia serta Irsyad menumpang lah balik sekali..
Semalam lak Umie mc. Tak berapa nak sihat...
Jadi hari nie baru masuk keje...

Semalam Umie sempat gak bawak Damia gi UTC...
Nak tampal gigi Damia yang dah tertanggal tampalan tue...
Tapi MyKid die lak tertibggal dalam kete. Tak gigh lak rasenye Umie nak berpatah balik...
Walid rest kat umah sebab penat drive semalamnya...
So, tak jadilah buat gigi Damia...

Alang-alang dah ade di UTC.... Umie terus gi SSM dan PTPTN...
So, hari nie tengah fikir lagi nama untuk perniagaan....
Serius, tak tau nak letak nama....
Sebab banyak sangat nama yang bermain di fikiran... huhu..

Tapi ape-ape pon, Umie plan hujung minggu ni dah ade nama perniagaan...
In shaa Allah..
dah dapat nama nanti Umie update laju-laju ye....

Tuesday 10 May 2016

Nur Umairah Damia : First Day... Syukur Ya Allah

Assalamualaikum, Halloooo


Haa... Tak pernah Umie share gambar anak-anak Umie mase newborn kan....
Nie Umie nak share.
Ganbar KakYong pada hari pertama menyedut oksigen di Bumi Allah...
Alhamdulillah, Allah kurniakan permata hati yang cukup sempurna mental dan fizikalnya....

Nur Umairah Damia bt Mohd Kamal diberi nama.
Dilahirkan pada 14.07.2011 jam 1244a.m. dengan berat 3.275kg.
Untuk anak first, ramai yang kata agak 'chubby'..
KakYong lahir empat hari selepas Walid menyambut hari lahirnya yang ke-DuaPuluhEnam....


Amanah Allah hingga ke 'sana' yang pertama buat Umie dan Walid.
Melahirkan Kakyong sangat mengujakan Umie...
First time punya pengalaman lah katakan...

Kakyong sepatutnya dilahirkan pada 05.07.2011.
Tapi sebab seronok sangat dalam perut maka takmo lah pulak die keluar..
Jadi postdate. Bertambah debar Umie masa nie...
Walid pon debar. Tak sabar nak tunggu kehadiran penyeri rumah tangga, pengikat cinta.

Untuk cerita Umie 'check-in' di HTAA nanti next Umie update ye...
In shaa Allah, bila ada kelapangan.