Hari nie nak share tips lagiii...
Umie dapat daripada bacaan kat suqathabaq.
PersatuanKesihatan sedunia (WHO) mengesyorkan :

- Membasuh tangan dengan teliti bila menyediakan makanan atau semasa terhenti di antaranya

- Asingkan makanan yang dah masak dengan yang tak masak lagi. Makanan yang dah masak lebih mudah tercemar berbanding yg mentah.

- Pilih makanan yang dah diproses. Yang Umie paham maksudnya kat sisni makanan yang dah dimasak separuh terlebih dulu macam fishcake, fishball, etc...atau yg dah siap masak macam roti, biskut, etc.

- Masakan makanan dengan teliti atau betul-betul masak. Bagi memastikan kuman yang mencemari makanan tue 'mati'.

- Makanan yang dah dimasak tu hendaklah dimakan dengan serta merta sebab bila dah sejuk kuman akan mudah mencemarinya. Lagi lama dibiarkan, lagi tinggi risiko.
- Simpan makanan yang telah dimasak di tempat yang sesuai. Samada panas atau dingin. Macam dapur mamasya kat atas tue sebagai contoh.

- Panaskan makanan hingga betul-betul panas bagi memastikan kuman yang 'menumpang' menjauhi makanan kita tue masa kita simpan.

- Jaga kebersihan dapur serta tempat memasak -Islam pon tuntut kita menjaga kebersihan,kan???-
Selamat beramal semua.....
Semoga Allah memberikan kita semua kesihatan agar dapat menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi-Nya... aamiin...
Credit : Tuan-tuan gambar yang gambarnya diambil ihsan pakcik google
No comments:
Post a Comment