Monday 11 November 2019

Ulangtahun Kelahiran yang Ke33




Assalamualaikum.

Semalam Besday Ummiema yang ke tigaplohtiga tahun. Allah, makin singkat hayat nie, amalan pulak masih sedikit. Huhuhu.

Dan kebetulan, anak solehah Nur Umairah Damia pon sambut besday untuk Jun-Dis kat sekolah dia semalam. Balik semalam masa dalam kete dia bagitahu dapat keychain.

Masa dalam perjalanan balik dalam kereta, terus bagi kat Ummiema keychain tu, untuk hadiah hari jadi Ummie katanya.
Pagi-pagi semalam masa nak besiap ke sekolah dia dah wish "Hepy Besday Ummie" sambil senyu.-senyum. Orang pertama wish diikuti Walid. Abangngah dengan Uwais macam biasalah, tak tahu apa-apa lagi dengan usia ni.

Semoga Allah memelihara keluarga kita. Aamiin.

Alhamdulillah.
Tq Kakyong.

Sunday 3 November 2019

Berhenti Jadi Isteri dan Ibu Bapa Sempurna, tetapi Jadilah yang Bahagia

BERHENTI JADI ISTERI DAN IBU SEMPURNA, JADILAH BAHAGIA

Selalu kita dengar orang cakap, bila perempuan ini pandai serba serbi. Untunglah suami dan anak-anaknya. Bahagialah keluarganya. Pandai memasak sedap, hebat mengemas, menghias rumah, berdandan berhias pun tak kalah. Didik anak-anak pun mantap. Cantik pulak tu. Ewah.

Saya pun di awal perkahwinan cuba untuk jadi begitu. Anak seorang OK lagi, masa tu boleh je buat sendiri semua. Hatta kalau gas habis pun, boleh je pergi kedai beli dan angkat masuk rumah. Haha dia punya power.

Bukan suami tak tolong, diri sendiri yang tak pandai minta tolong. Sebabnya acah acah mahu jadi sempurna semuanya. Terbiasa berdikari pun sama. Rumah mesti kemas, kain mesti berlipat, baju kerja suami siap bergosok, makan minum siap hidang terjaga semuanya. Masak tu mesti meriah lauk. Ewah lah sangat.

Bila anak sudah bertambah, dari satu jadi dua, tiga dan kini empat. Lama kelamaan, badan jadi sangat penat. Usia pun semakin meningkat. 4 tahun sahaja lagi nak cecah 40 tahun. Sakit pun dah terasa sana sini.

Tambah lagi bila saya mula berniaga. Mana nak tengok WhatsApp, coaching team, pantau outlet, guide staf, buat marketing, bla bla dengan senarainya yang panjang.

Penat.

Perempuan bila tenang gembira dia sangat comel macam teddy bear atau hello kitty. Tapi bila penat dia akan jadi orang lain. Kadang tu singa, harimau, hantu kak limah segala.

Saya pernah lalui fasa penat dan tertekan ini selepas melahirkan anak keempat. Dengan dia susah nak tidur, nak menyusu sahaja. Melekat dengan ibu. Tak boleh langsung ibu jauh. Masa tu saya tak rasa seronok pun duduk rumah sendiri. Tak rasa kasih pun tengok suami dan anak-anak. Serabut.

Sebabnya? Penat. Penat ni boleh jadi pintu masuk Syaitan hasut itu ini. Mengeluh, mengungkit, sedih, kecewa bla bla yang negatif. Bila penat solat pun tak khusyuk. Huhu.

Mujurlah saya tersedar yang ini bukan kehidupan yang saya cari. Saya tak boleh biar berterusan dengan penat. Cari ilmu, baca perkongsian di FB.

Tahulah saya jawapannya. Saya perlu berhenti jadi sempurna. Hanya perlu jadi bahagia. Saya perlu mula belajar minta tolong ahli keluarga dan orang lain.

Seminggu sekali saya ambil bibik. Dia kemas rumah, lipat kain, tukar cadar, kadang tu basuh langsir, sental tandas, mop lantai semua. Complete satu rumah dikemas.

Hari hari lainnya saya mengemas 2 kali sehari sahaja. Pagi sebelum anak bangun, petang sebelum Maghrib. Kemas pun sekadar pastikan rumah tidak berselerak sangat sebab ada anak anak kecil yang suka bawa mainan sana sini, lantai disapu, dan dapur bersih dari pinggan mangkuk tak berbasuh dan sampah.

Kain baju berbakul, kalau larat dan sempat, lipat. Kalau tak pejam mata tunggu bibik datang minggu depan.

Saya selalu sahaja sebut kepada suami dan anak-anak, ibu penat, ibu nak rehat. Tak mahu paksa diri berlebihan.

Yang saya jaga sangat hanyalah makan minum keluarga. Memang memasak 2-3 kali sehari. Itupun ringkas sahaja. Ada karbo, protein, sayur cukup. Syukur yang penting kenyang. Sebab saya selalu percaya, masakan mengikat kasih sayang keluarga dengan sangat indah. Ada juga lah hari beli je lauk bila tak sempat atau tak ada bahan basah dalam peti. Hihi.

Malam malam berehat sahaja. Bergolek dengar cerita anak-anak.

Sudah tua tua begini. Saya mahu lebih masa untuk tambah ilmu, baiki ibadah. Mahu lama lama di tikar sejadah, mahu tadabbur alquran, mahu baca buku banyak-banyak dan buat apa yang menggembirakan.

Benar, khidmat kepada rumahtangga adalah medan pahala. Namun janganlah sampai menekan diri.  Ramai ibu hari ini tertekan. Bacalah banyak kisah yang berlegar di media sosial.

Kita pilih untuk bahagia dulu. Barulah semuanya terlihat sempurna pada mata kita. Walaupun tidak pada mata orang lain.

Dan para suami, bantulah isteri anda bahagia dengan kurangkan rasa penatnya. Sebab bila ibu gembira dan bahagia, seisi keluarganya turut berbahagia. 💟💟💟

Najibah Mustaffa
Catatan sementara tidurkan anak.

Wednesday 26 June 2019

Haram Mengahwini Perempuan Satu Sekolah

Rupa²nya 'haram' mengahwini perempuan satu sekolah. Ini penjelasan dari seorang ustaz .

Tazkirah

"HARAM" BERKAHWIN DGN WANITA SATU SEKOLAH.

Pemuda: Ustaz, boleh saya bertanya. Boleh ke saya kahwin dgn wanita satu sekolah dgn saya? Apa hukumnya??

Ustaz: Hukumnya.. haram mengahwini wanita satu sekolah. Lelaki boleh kahwin sehingga 4 isteri sahaja.. Satu Sekolah tu..terlalu ramai.```
😂😂😂😂😝😝😝😝

Tuesday 25 June 2019

Kisah Pembatalan Urusniaga : Allah nak hapus dosa kita rupanya

"Tuan maaf ya, saya terpaksa batalkan tempahan dadih,  emak saya dimasukkan ke ICU.  Kami sedang bersiap hendak balik kampung.  Deposit tu saya halalkan."

Bila mendapat mesej seperti ini,  saya terpaksa menahan rasa kecewa yang teramat sangat.

Bayangkan,  pelanggan telah membuat pesanan sebanyak 200 cawan untuk majlis hari jadi anaknya.  Dan dibatalkan.

Kepada siapa saya hendak menjual dadih itu?
Kemana saya hendak bawa dadih itu?

Termenung lama menatap skrin selfon.  Membaca mesej itu berkali-kali.

Hanya mampu beristighfar.

Lidah tidak berhenti melafazkan - LA HAULA WALA QUWA TA ILLA ...

Dan saya serahkan urusan itu kembali kepada NYA -  Inna lillah hiwaina ilai hirojiun ...

YA ALLAH aku tidak ada daya.

ENGKAU yang mengatur -  aku redha.

Pada mulanya saya terfikir untuk membalas mesej itu dengan ayat,  "Puan,  saya sudah buat 200 cawan dan sekarang saya tidak tahu ke mana hendak jual,  yang pasti saya akan rugi."

Berkali-kali saya membuat pertimbangan.

Tiba-tiba saya disedarkan oleh diri sendiri,
"Feroz,  engkau tahu tak ini semua perancangan ALLAH?  Sudah lupa?  DIA mahu memberikan yang terbaik untuk hambaNYA.'

Kata-kata itu menyentuh kalbu saya.

Akhirnya saya menaip,  "Puan,  tidak mengapa.  Saya doakan bonda puan diberikan kesembuhan dan urusan puan dipermudahkan oleh NYA.  Dan saya doakan perjalanan puan sekeluarga selamat pergi dan balik."

Pelanggan hanya membaca tetapi tidak membalas.  Saya faham beliau mungkin terpaksa bergegas dan kelam-kabut.

Teringat dalam satu kuliah,  seorang ustaz berkata,  sebenarnya pembatalan transaksi adalah satu bentuk 'penghapusan dosa.'

Dimana Nabi Muhammad (selawat),  penah bersabda:

مَنْ أَقَالَ مُسْلِمًا أَقَالَ اللهُ عَثْرَتَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ

"Barangsiapa yang menerima pembatalan transaksi yang diminta oleh seorang muslim maka Allah akan memaafkan kesalahan-kesalahannya pada hari kiamat nanti". [(HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dan Baihaqi dari Abu Hurairah. Hadis ini dinilai sahih oleh As-Sakhawi dalam Al-Maqashid Al-Hasanah, no. 465; oleh Al-Albani dalam Al-Irwa’, no. 1333 dan dalam Silsilah Shahihah, no. 2614; dan oleh Muqbil Al-Wadi’i dalam Shahih Musnad, no. 1373).

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَقَالَ مُسْلِمًا أَقَالَهُ اللَّهُ عَثْرَتَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

"Siapa yang menerima pengembalian barang dari seorang muslim, maka Allah akan mengampuni kesalahannya di hari kiamat".  (HR. Ahmad 7431, Ibnu Hibban 5030 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth)
.
MasyaAllah indahnya syariat Islam, semuanya diatur dengan adil, tidak ada yang sia-sia. Benda yang nampak sedih dan mengecewakan tapi Allah balas dengan kebaikan yang lain.

Hakikatnya,  kita bersabar dengan ujian dari NYA.
Hakikatnya,  kita tabah dengan urusan sesama manusia.

Semuanya DIA yang Maha Bijaksana Mengatur.

Bayangkan di padang mahsyar kelak.  Detik paling menggerunkan kepada seluruh umat manusia.

Tiba detik kita sedang diadili dengan seadil-adilnya.  Tiba-tiba ALLAH menghapuskan dosa kita asbab dari kesabaran kita menerima ujian dari NYA di dunia,  dengan PEMBATALAN TRANSAKSI BISNES dan kita redha dengan ujian itu.

...

Ya,  tidak ada satu apa pun yang berlaku atas muka bumi ini tanpa sebab dan tidak ada pahala dan dosa.

Peti sejuk dibuka.  Saya melihat deretan cawan dadih dengan tenang.

Saidina Ali pernah ditanya oleh seorang sahabat,  Bagaimana untuk kita tahu yang mana satu ujian dan yang mana satu musibah?

Lalu Sayyidina Ali menjawab,  "Ujian itu adalah apabila datang,  kamu akan semakin mendekatkan diri dengan NYA,  musibah pula,  apabila datang,  kamu akan semakin menjauh dari NYA."

YA ALLAH,  ampunilah dosaku.

Petang itu,  seseorang menghubungi saya.  "Tuan Feroz,  saya adalah sahabat kepada puan  (yang membatalkan pesanan).  Nak tanya,  dadih ada lagi tak?  saya ada majlis pertunangan anak saudara,  orang yang sepatutnya hantar coklat telah kemalangan ... "

Teringat kepada mesej yang saya kirimkan kepada pelanggan.  Tidak perlu marah-marah.  Hanya doakan saja.

Dan hubungan kami terus berkekalan dalam harmoni.

Hablum minALLAH.
Hablum minannas.

ALLAHU AKBAR.

Status ini saya tujukan kepada semua sahabat yang menjalankan bisnes.

Dan peringatan kepada diri sendiri.

...

Abang Long.
Penjual DADIH yang menulis.

Friday 1 February 2019

Tasneem Naturel - Apakah Itu???

Assalamualaikum, Halloooo.

Ummie nak tanya korang pernah dengar tak orang sebut
Tasneem Natural?
Tasneem?
Balm Tasneem?
Haaa... Mesti dah ramai yang pernah dengarkan?
Sebab Tasneem Naturel nie dah start masuk TV tau.
Korang boleh tengok video pendek Tasneem di TV9.

Tapi... Ramai lagi yang dah tahu Tasneem, tapi masih tak berapa nak clear
Ok, sebagai agen Tasneem Naturel yang memang sentiasa mengikuti perkembangan Tasneem ni,
Maka Ummie akan share lah sikit dengan korang ye.
Nak tahu banyak Tentang Tasneem, kena selalulah jenguk sini dan sini
In shaa Allah Ummie akan selalu update kat sini.


Apa Itu Tasneem Naturel?

Tasneem Naturel merupakan satu produk penjagaan bayi
dan anak kecil yang dirumus khas daripada bahan semulajadi
dengan kombinasi minyak pati (Essential Oil - EO).

Pada awalnya Tasneem Naturel hanyalah dikeluarkan
dalam bentuk balm.
Namun akibat daripada sambutan dan permintaan yang tinggi
di kalangan ibu-ibu yang makin menyedari tentang kebaikan
dan betapa selamatnya menggunakan produk Tasneem Naturel
yang berasaskan bahan semulajadi nie, maka pihank Tasneem Naturel
telah mengeluarkan beberapa produk lagi seperti :

  • Bodywash (mandian)
  • Roll on
  • Baby Spa ( on the way)
Setiap Balm Tasneem Naturel dijual pada harga RM 49.
Manakala Balm Skeenz (yang warna biru) RM 55.


Ada Berapa Jenis Balm Tasneem Naturel nie?

Tasneem Naturel ada keluarkan  LIMA (5) jenis balm setakaat ini.

Cf Rub 



T Rub



Sleep Time


Calm Time


Skeenz




Macam Mana Nak Dapatkan Produk Tasneem Naturel?

Untuk yang berada di kawasan Alor Setar, Mergong, Jerlun dan
Kuala Kedah, boleh COD di Tesco Mergong.
Klik sini untuk order.

COD di sekitar Alor Setar selain Tesco Mergong pon boleh,
cuma Ummie akan kenakan sedikit cas untuk COD (nak bayar upah Kuda Biru Ummie).
Klik sini untuk order.

Postage ke seluruh Malaysia dengan kadar yang telah ditetapkan mengikut berat.
RM 8-12 / RM 12-15(S&S)

Untuk pertanyaan Klik sini

Next Ummie share lagi tentang Tasneem Naturel ni ye korang.
Semoga korang semua dimurahkan rezeki,
maka bolehlah korang share rezeki dengan Ummie.

Aamiin.

Bye.

Thursday 17 January 2019

Siapa Guna EO dia SYIRIK !!! (percaya ke tak?)

Pernah suatu masa dahulu,
ada yang mengatakan Essential Oil ni khurafat.... Syirik.

Alhamdulillah sepanjang penggunaan EO tiada pemesongan Akidah berlaku,
malah rasa keagungan dan kehebatan penciptaan Allah.

Essential nie sebenarnya salah satu bukti bagaimana Allah menciptakan sesuatu dengan penuh teliti.

.

Ibnu Sina pelopor kepada dunia aromaterapi ya.

Siapa Ibnu Sina ?

Ulama' yang sangat besar sumbangannya untuk Islam dan dunia perubatan.

.

Kadang orang kita terlalu takut dengan bayang-bayang.

Ilmunya tidak pula dicari,
cuma dengar cakap-cakap sana-sini.

.

Yelah syirik,
macamana bau je EO boleh jadi tenang.
Tenang tu ada pada zikrullah.

Zikrullah ni maksudnya mengingati Allah,
ada 'connection' balik dengan Allah.

Zikrullah bukan semata atas sejadah.

Zikrullah ada kaitan dengan emosi, spiritual.

.

" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”.

[Ali ‘Imran/3:190-191]

.

Allah tidak pernah menciptakan dunia dan seisinya dengan sia-sia,
semua penuh ilmu dan hikmah.

.

Chakra itu syirik, pemujaan, puan !

Innalillah...

Berguru pun kena betul tuan.

.

Chakra ni stesen tenaga sahaja,
Takde kaitan dengan SYIRIK.

Penstabilan stesen tenaga ini takde kaitan dengan akidah,
tiada sebarang pemujaan.

.

Dalam hidup ini,
banyak benda yang kita tak nampak,
dan tidak dapat dinampakkan.

Contoh,
Angin,
Oksigen,
Tenaga,
Allah.

Tapi anda boleh rasai kewujudannya ?

Anda hanya akan merasai kewujudannya apabila anda ada ilmu tentang kewujudannya,
dan dengan ilmu ini akan memberi keyakinan.

Pokok pangkalnya adalah ILMU.

.

“Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (QS.Al Hajj: 46)

.

Mudah-mudahan kita akan dilorongkan dengan ilmu yang benar.

Ihdinassiratal mustaqim.

Kredit : #aqilahnor

Sunday 6 January 2019

Terkena Minyak Panas !!! Apa Perlu Buat ???

Assalamualaikum, Halloooo

Wanita dan minyak panas jarang boleh dipisahkan.
Siapa setuju dengan Ummie? Angkat tangan.
Terutama yang jenis 'kai masak' dan 'kaki makan di rumah'.

Semahir manapun kita memasak, tidak kiralah kaum wanita mahupun lelaki,
kita pasti tidak dapat mengelak daripada terkena minyak panas.
Kemalangan kecil di dapur seperti ini amat biasa.
Ummie selalu jugak terkena.
Kadang-kadang goreng telur pon boleh jadi jugak kan.

Kebanyakan kita tak tahu dan panik bila terkena minyak panas.
Macam tulah Ummie pon.
Cepat-cepat ambil tuala dan sapu.
Memang melecetlah lepas tu. Huhu.

Nie Ummie nak share kaedah tradisional untuk
meredakan kesakitan dengan segera sebelum ke Klinil / Hospital.

LIDAH BUAYA
Ambil lendir daripada daun lidah buaya nie dan campurkan bersama buah manjakani yang dah ditimbuk lumat.  Kemudian sapu pada bahagian yang terkena minyak panas (terkena air panas pon boleh)



KAPUR SIRIH
Ambil kapur sirih yang tok kita guna untuk makan tue, sapu di bahagian kulit yang melecur.
Biarkan sampai kapur tue kering.  Buat banyak-banyak kali pon takpa.
Nanti akan rasa sejuk je.. Petua ni bukan sahaja mengurangkan rasa sakit, tapi dapat mengurangkan lecur jugak.




SERBUK KOPI
Yang nie paling senang untuk penggemar kopi macam Ummie.
Ambil serbuk kopi dan letakkan di bahagian yang terkena percikkan minyak tadi (terkena air panas pon boleh)



PELEPAH PISANG
Ambil pelepah pisang sapukan di tempat yang melecur. Membantu melegakan rasa sakit dan elakkan daripada terkena air pada bahagian kulit yang melecur tadi.




UBAT GIGI
 Picit sedikit ubat gigi dan sapu di bahagian yang melecur dan biarkan sehingga kering.  Kulit pasti tidak akan mengelembung air.



TELUR
Pecahkan sebiji telur dan sapukan di bahagian yang melecur tadi.  Ulang berkali-kali sampai hilang rasa sakit.



TEPUNG
Lumurkan cepat-cepat dibahagian kulit yang melecur dengan berhati-hati.  Membantu agar kulit tidak melepuh.


Lepas nie bolehla cuba masing-masing ye.
Tawakkal kepada allah.
Jangan lupa baca Basm,alah dulu.

Sekian,
Ummiesharingiscaring.





KREDIT/SUMBER : Majalah Keluarga 
KREDIT/SUMBER GAMBAR : GOOGLE

Thursday 3 January 2019

Dua Ribu Sembilan Belas aka 2k19

Hari ketiga 2k19 dah wei.
Baru nak menjelma.

Apa-apa pon semoga tahun 2k18 dan yang lepas-lepas merupakan suatu kenangan yang boleh memberi pengajaran, tauladan dan sebagai tanda aras untuk meningkatkan pencapaian kita dari pelbagai segi.

Ummie wish uols semua... GOOD LUCK.

Semoga tahun ini dipenuhi dengan kebwrkatan buat kita semua.

Hugs,
Ummie | Tokey Balm dan Madu