Thursday 11 August 2016

Apa Beza Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik???

Assalamualaikum, Halloooo

Sihat ke semua?????
Pagi nie Umie nak cakap sikit tentang VITAMIN...
Umie percaya ramai kat luar sana yang mengambil vitamin untuk kesihatan dan kecergasan dan lain-lain.
Tak kisahlah samada vitamin tue diambik untuk diri sendiri atau untuk insan-insan yang kita sayangi.
Apa yang pasti kita cuba nak bagi yang terbaik untuk diri sendiri dan mereka yang disayangi kaan...

Tapi, tahukah kita vitamin yang kita makan selama ni selamat atau tak?
Macam mana pulak nak tahu selamat atau tidak????
Sekiranya vitamin itu adalah semulajadi, ini bermakna selamat lah untuk kita amalkan.
Manakala kalau vitamin tue sintetik, kurang selamatlah. Tambahan pulak untuk jangka masa panjang...



Apa Beza Vitamin SEMULAJADI dan SINTETIK ?????


Ada empat skop yang Umie nak kupaskan tentang tajuk nie...
Jom kita sama-sama tengok...

PENGHASILAN

  • Vitamin semulajadi dihasilkan daripada ektrak bahan-bahan semulajadi daripada intipati yang diperlukan; dan menyingkirkan fiber@serat. Contohnya Vitamin C semulajadi diperoleh dengan mengambil pati askorbik dalam buah limau@oren dan serat-seratnya disingkirkan.
  • Vitamin sintetik pula dihasilkan daripada manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat di dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6; jadi gabungan daripada molekul-molekul karbon (C) hidrogen (H) dan oksigen (O) ini boleh dihasilkan daripada apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.


KESERASIAN DENGAN BADAN
  • Vitamin semulajadi dihasilkan daripada bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, malah memberikan kesan yang lebih baik.
  • Vitamin sintetik pula formulanya sama, tetapi ia tidak sama dengan vitamin natural, jauh sekali dengan makanan asli.
HARGA
  • Sudah semestinyavitamin semulajadi lebih mahal kerana penghasilannya daripada bahan-bahan semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu bagi sesuatu vitamin walaupun bahan itu bukanlah bahan utama di dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan bahan menyebabkan batu karang @ batu buah pinggang.
  • Oleh sebab pembuatannya untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk 'solo'. Misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D. Oleh itu, bagi sesipa yang mengambil kalsium sintetik mereka haruslah mengambil magnesium dan vitamin D daripada sumber yang lain.
KESAN JANGKA PANJANG
  • Vitamin semulajadi tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilannya daripada bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
  • Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Jadi, dengan sedikit perkongsian ilmu nie Umie harap dapat membantu kawan-kawan yang sedang mencari-cari vitamin untuk kesihatan..

Kalau ada yang berminat untuk tahu atau beli vitamin Shaklee, bolehla hubungi Umie ye...



NotaUmie : Vitamin nie bukan ubat ye... Tetapi sebagai makanan tambahan. Takde pon takpe, tapi adalah lebih baik ada. Fungsi vitamin nie adalah untuk menutup lopong-lopong kekurangan nitrisi dalam badan kita.




No comments: